Syafiqah Shuib Official Blog


0 give comments | posted at 4:56 PM
The Battle
DOLLY DAGGER. Itu lah nama yang menjadi pilihan band members kami untuk mencuba bakat dalam Battle of the Band yang dianjurkan oleh Simplysiti. Kalau x salah, rasa-rasanya ada 40 band yang masuk bertanding dan kami salah seorang daripada mereka. Dua hari saringan dilangsungkan. Masing-masing menunjukkan kehebatan masing-masing. Ada yang sampai terkinja-kinja. Ada yang rock kapak, ada yang rock metal, ada yang a capella, ada yang unplugged dan macam-macam lagi. Dolly Dagger membawa lagu yang dipopularkan oleh Allayarham Sudirman Haji Arshad berjudul Kasih. Line up terdiri daripada semua budak diploma muzik Uitm. Lagu kasih itu telah digubah dalam beberapa genre. Pada malam saringan yang kedua itu, keputusan untuk ke final telah diumumkan. Alhamdulillah dengan rezeki Allah S.W.T, Dolly Dagger terpilih untuk ke peringkat akhir. Dalam tempoh tiga hari untuk ke final itu, kami mengambil keputusan untuk menambah sebuah lagi lagu. Lagu yang menjadi pilihan adalah lagu daripada Dato' Sheila Majid yang bertajuk Sinaran. Kami mengambil masa untuk practise selama dua hari.

Hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Malangnya, Dolly Dagger merupakan band pertama yang akan bermain. Getaran mula dirasai. Alhamdulillah, kami tamatkan persembahan itu dengan begitu 'smooth'. Juri-jurinya juga bukan calang-calang orang. Siapa yang tidak kenal akan En. Faizal Uzir a.k.a Lok U dan juga Shah Slam. Mereka menjadi juri pada malam final itu. Semua band yang perform malam tu sangatlah hebat. Senior degree Uitm pon hebat. Ala-ala Dreamtheater gituu. haaa..

Kini tiba masa untuk keputusan. Alangkah terkejutnya kami apabila kami mendapat tempat ketiga. Tempat pertama dimenangi oleh The Buskers dan tempat kedua merupakan kumpulan abang ajim iaitu Senior Degree kami. Saya hormat dengan keputusan itu kerana johan dan naib johan sangatlah hebat dan mereka layak menang.

Lepas ni, kami akan cuba lagi bawa muzik kami di battle2 yang lain.

THE LINE UP

Dolly Dagger 

Ringgo - Drummer

Ubiey - Guitarist 
 Izham - Bassist
Me and Shazia (vocalist)

Menggulongg~

 Amy Search perform too!

Dato Siti Nurhaliza 



written by *SS*



Welcome
About Stuff Entries

BUNNY

Your tagboard here. Width not max than 200px.
Your Google Friend Connect code here. Max width is 200px.